Pages

Tuesday, May 22, 2012

Irfan..... Kid Zania

18 Mei 2012... trip to Kid Zania.

Pagi tu Irfan bangun dengan cergasnya untuk siap sedia ke KZ.  Sebagai insan yang bertanggungjawab ke atas Irfan aku diperintahkan untuk menghantar dia ke Sekolah, kalau tidak tanggungjawab tu di galaskan diatas batu gemala abangnya (Amir).  Apa lagi panjang berjela lah pesanan aku pada Irfan.... bila dia dah bosan dia akan jawab....eeemmmmm  iyela Mi.

Petang kul 3.30 aku kena jemput dia balik kerana tak ade orang nak jemput dan bas sekolah tak boleh ambik.  Turun je bas menjerit-jerit dia sebab aku yang ambik....ape lagi macam bertih goreng dia bercerita tanpa henti...bila aku tanya dalam bas tido tak..dia kata iye Ifan tido dan semua orang tido sebab penat.  Kalau cam tu memang dia tak kan tido petang ni.....hahhhahaha letih la.

Aku tanya ..Irfan jadi ape tadi..dengan bangga dia cerita dia jadi CSI KZPD.  Jadi detektif, lepas berlakon cari bahan bukti dan naik heli...wah macam best je.....ini bahan bukti nye..


CSI..Kid Zania Police Department.

Tengok ada ID lagi....dan dapat gaji pulak tu.... background tu rumah Irfan bukan Kid Zania tau. Jemput la datang

Sekian terima kasih.

No comments: