Pages

Monday, March 11, 2013

Danish Irfan turns 5

Yeah!!!....9.3.2013... tak ku sangka sekarang ni Irfan dah 5 tahun.  Cepatnya masa berlalu..sekarang ni dah tak mau cium-cium...malu katanya.  Kalau hantar gi sekolah..tak leh cium depan pintu sekolah nanti malu teacher nampak...jadi kena lah berhenti jauh sikit baru leh cium dan hugs...ermmm dah besar rupanya anak Umi. 

Tahun ni sambut birthday di Sekolah...atas permintaan Irfan.  Dan hari ini makan di 'sponsor' sepenuhnya oleh Umi...untuk 80 orang termasuk teacher (10 orang) dan 'party goodies'.  Budget!!!!......paham-paham je la..


Ini kek "hot wheel"...atas permintaan jugak.


Bersama dengan 2 orang kawan baik.....



Nanyi dan potong kek....diperhatikan oleh dua orang body guard..haha

tengah buat 'wish'...entah apa doa dia..

Ini antara makanan yang disediakan......

Yang ni pulak acara sambutan di rumah.....kumpul ramai dan makan-makan.


Potong kek bersama kawan baik....boleh share tu....

Ok tu saja nak share...sekurang-kurang nya dia gumbira dan bahagia.  Nanti dah besar jangan mintak buat kat hotel pulak...pengsan Umi.

Wednesday, January 2, 2013

Berkelah di Air Terjun Bukit Kemensah...

Aku tak pernah pergi ke tempat ini .... tapi seronok gak berkumpul beramai-ramai dan mandi-manda walaupun cuaca sejuk...orang yang paling seronoh adalah Irfan sampai lebam bibir.  Di situ disediakan juga chalet untuk berehat dan tidur..tapi kami cuma sewa sampai petang aje...

Tengok la gambar..malas nak tulis.



Seronok sekali-sekala




























 menyejukkan badan walaupun hari hujan....

Thursday, October 4, 2012

Dah siap dah......tengok le


Dulu laman ni togel je...tak ade buat apa-apa pun.  Selalu fikir cam mana nak upgrade bagi menarik sikit...ni la kot caranya.                          
    
















Sekarang..pagar kayu putih ini didirikan dari bahan terbuang.Ini adalah papan lapik katil yang adik aku nak buang, jadi aku mintak lah..aku kata nak buat pagar rumah tempat kucing aku main panjat-panjat.  Bila dah siap ramai pulak yang suka.  Nanti aku tambah lah dengan bunga-bunga kat tepi tu...bila ada masa terluang...perlahan-pelahan...

Setiap pagi aku akan lepaskan anak-anak kucing aku main kat sini untuk 2-3 jam sambil aku potong rumput dan bunga...lepas dia dah penat simpan balik dalam kandang ..bagi minum..makan dan tidoooooo.

Tu..pokok longan aku dah berbuah pun..buahnye aku dah makan..manis.

Korang suka tak.....aku suka je....sebab rumah aku kan!!!!!....hahhahaha....


Tuesday, May 22, 2012

Tanaman ku..


Aku pernah kata dulu yang sekarang ni aku suka cucuk tanam...ni gambar depan rumah aku....kecik je tempat dia, kat situ aku aku tanam pokok longan....dah berbunga dah.


tu ada pulak budak kucin yang interprem...





Nah...ni bunga dia....tak saba nak rasa buah dia.



Ini saya petola yang dah mengeluarkan bunga....yang lain nanti aku tunjuk...ok




yang ini pulak pokok jarum tujuh bilah...elok untuk ubat penyakit cancer.
  bawah ni pulak...pokok bangun-bangun, pokok oregano, serai, pandan, daun kadok

pokok pisang, betik, limau nipis, pokok ajaib, pokok mahkota dewa ( tak terdapat dapat gambar ni).   Ok...nanti aku tunjuk lagi.





Bye

Irfan..... Kid Zania

18 Mei 2012... trip to Kid Zania.

Pagi tu Irfan bangun dengan cergasnya untuk siap sedia ke KZ.  Sebagai insan yang bertanggungjawab ke atas Irfan aku diperintahkan untuk menghantar dia ke Sekolah, kalau tidak tanggungjawab tu di galaskan diatas batu gemala abangnya (Amir).  Apa lagi panjang berjela lah pesanan aku pada Irfan.... bila dia dah bosan dia akan jawab....eeemmmmm  iyela Mi.

Petang kul 3.30 aku kena jemput dia balik kerana tak ade orang nak jemput dan bas sekolah tak boleh ambik.  Turun je bas menjerit-jerit dia sebab aku yang ambik....ape lagi macam bertih goreng dia bercerita tanpa henti...bila aku tanya dalam bas tido tak..dia kata iye Ifan tido dan semua orang tido sebab penat.  Kalau cam tu memang dia tak kan tido petang ni.....hahhhahaha letih la.

Aku tanya ..Irfan jadi ape tadi..dengan bangga dia cerita dia jadi CSI KZPD.  Jadi detektif, lepas berlakon cari bahan bukti dan naik heli...wah macam best je.....ini bahan bukti nye..


CSI..Kid Zania Police Department.

Tengok ada ID lagi....dan dapat gaji pulak tu.... background tu rumah Irfan bukan Kid Zania tau. Jemput la datang

Sekian terima kasih.

Monday, May 14, 2012

Kad Hari Ibu ....dari Danish Irfan

Hari Jumaat aku terima kad dari Danish Irfan..... katanya kad HARI IBU....berderai jugak le air mata bila dapat.  Dia kata " Mi Irfan draw and color sendiri..Teacher Zuly tolong.  Cantik tak.!!!

Ini kad pertama aku terima ...thank you Danish Irfan...love you so much.

Thank you Krista Kidergarten sebab ajar Danish Irfan jadi pandai ... dah macam-macam dia tau sekarang ni..menulis pun dah cantik.

Friday, May 11, 2012

Sports Day - 4 Mac 2012

Kista Taman Nirwana Sports Day (4 Mac 2012)

Pagi-pagi aku dah keluar rumah untuk ke padang Taman Nirwana untuk menghadiri sukan Irfan.  Aku ikut sama teruja untuk bersukan sama.  Pukul 7.30 setengah aku dah sampai di di Taman Nirwana walau pun sukan bermula jam 8.30, padahal padang tu belakang rumah je cuma terpisah dengan long besar .....hahaha kelakar kan... Aku diminta oleh oleh Teacher Zuly untuk sponsor air ribena dan roti krim...ok beres tu perkara kecik je asalkan Irfan dan anak-anak Krista gumbira.



Ni...berkumpul untuk keluar padang ...perbarisan.  Hebat cikgu-cikgu boleh kontrol murid-murid ni..









Berbaris untuk mendengar mandat dari Madam Rusha (Princuiple) dan lepas tu menyanyikan lagi NegaraKu dan lagi Krista.  (Irfan pakai topi purple)

Tunggu giliran untuk larian isi air dalam baldi....sekurang-kurangnya dia faham arahan.  Alhamdullilah.. (yang berkerut dahi macam hero hindustan tu ..Irfan la)


Ini untuk larian bawa bola dalam relong rotan....menarik jugak. (tu yang pakai topi purple ..ready nak lari dah)

Pada keseluruhannya sukan ini menarik, semua 'parent' bekerjasama dan enjoy bersama anak-anak masing.  aku lagi la...tengok Irfan menari-nari dengan kawan-kawan dia.  Kul 12.00 dia dah mula lembik sebab dah letih....

Aku suka ini....dan mau ini

Aku suka berkebun sejak akhir-akhir ini....mata selalu ingin memandang hijau...mungkin dah tua kot..hahaha..yang utamanya aku orang kampung ....tapi masa banyak menyekat usaha ku ini....



dan suka ini...  mungkin kah!!!!!


  Cantik kan...sejuk mata memandang (aku orang kampung)



Sejak dua menjak ini aku selalu terfikir untuk mengindahkah rumah ku yang sekangkang kera tu dengan perkara-perkara begini.  Impian ku selalu menjurus kepada punyai halaman yan indah dan berwarna warni.   Sekarang aku telah mula berjinak-jinak dengan tanah dan baja....mungkin telah tiba masa untuk aku berbakti kepada tanah pula setelah lebih 30 tahun berbakti untuk kerajaan dan makan gaji... nanti ada masa aku akan tunjukkan pada kalian apa yang aku buat pada tanah di depan rumah ku....puas hati juga walau ada kala aku bergaduh dengan ayam-ayam jiran.   Tapi apa nak dikato memang dia cari makan dengan cara begitu...mencakar dan mengais.


Kalau menjadi projek ni......aku nak pencennnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! duk rumah cangkul tanah...hehhhehehe aku suke...


Nanti aku postkan projek baru aku ye....walaupun ada 4 batang pokok ubi kayu...usaha gak...




bye




Wednesday, January 11, 2012

2012 routine harian Irfan berubah ........

3 Januari 2012...routin harian Irfan berubah.  Dia dah ada tanggungjawab pada diri dia sendiri walaupun belum cukup 4 tahun lagi. 

Hari ini Irfan mula sekolah...excited sangat dia...tapi dia tak suka uniform yang dia pakai..dia kata "tak ada baju lain ke...ugly..tak suka colour dia".   But he loves the school very much..ramai kawan.

Dia begitu teruja untuk ke sekolah..setakat hari ini senang bangun bagi bila sebut nak ke KRISTA.  

 Ini masa dalam kelas....


Ini lah sekolah Irfan....


Wednesday, January 4, 2012

Berjimba di Aquaria

Menghabiskan cuti bersama Danish Irfan di Aquaria KLCC...puas hati.  Kami bercuti..berjalan berdua saja.  Dia cukup gembira dan teruja tengok ikan-ikan didalam aquirium tu...kebetulan masa tu orang tak berapa ramai mungkin ramai yang bercuti luar dari KL.  Kami naik tren dari stesen Setiawangsa.

Tengok je la gambar ni...


gumbira bila dah dapat pass masuk....
 

Terkejut tengok ikan-ikan besar berenang atas kepala....






Bila balik rumah dia sibuk bercerita .......nanti lepas ni nak gi tempat lain pulak.